Friday 10 September 2021

PARALIMPIK TOKYO 2020, CAMNE KO BOLEH MASUK BALIK NI LAN???

 Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca entry saya kali ini,




Suka saya untuk ceritakan disini supaya ianya dapat disimpan dan menjadi sebahagian memori dalam lipatan sejarah kehidupan saya bergelar seorang Tukang Urut Profesional, ada yang panggil Terapi Sukan, ada yang panggil Juru Urut Sukan, ada yang panggil Magic Hand, ada jugak yang panggil saya Dr. Urut…heheheh.. my dream insyaallah. Apa pun yang mereka gelarkan saya, ianya adalah anugerah allah yang diberi pada saya yang saya perlu syukur dan meraikan segala anggapan kawan-kawan dan masyarakat pada saya.

 

Cerita kali ini adalah mengenai perjalanan saya ke Sukan Paralimpik buat kali ke - 2, Alhamdulilah rezeki saya,isteri, anak, keluarga dan Pro Mmr Sports Recovery.

 

2 minggu selepas pulang dari London, “Bang macam mana ni, Kita masih belum boleh beroperasi lagi, duit simpanan kita pun tak banyak jugak ni”, kata Yan (isteri) pada saya. “Tak pa, kita bertahan setakat mana yang boleh dulu, kesian pada staff2 kita depa pun nak makan jugak, depa pun ada keluarga yang perlu disara”, kata alan pada yan.




Hari berganti hari..Covid-19 masih lagi tidak turun2, pandemik ini membuatkan ramai yang stress, sistem kewangan jugak lumpuh, hilang pekerjaan, dan macam2 lagi.… Ingat ka Kerajaan akan membuka sektor ekonomi secepat yang mungkin tapi jangkaan alan meleset, kerana perkhidmatan urut tidak dapat juga dibuka.. Makin Lumpuh… Aduhhhhhh Sakit perut, sakit kepala, sakit dan terus sakit.. Jatuh bangun jatuh bangun.. hari2 memikir macam mana nak bertahan supaya Pro Mmr masih lagi wujud.

”Abg apa kata kalau kita meniaga makanan dari rumah, kita jual lah lauk2, air, apa2 jelah yang boleh dimakan oleh penduduk sini”, kata yan pada alan.

“Bagus jugak tu, abg boleh tolong delivery dan sediakan makanan”, Kata alan pada yan…… hehehehe… Bab basuh membasuh lepas operasi masakan dan penghantaran selesai, tu yang tak tahannnnnnn… Sakit pinggang baiiiii…hahaha.. tapi alan bertahan jugak lah demi kelangsungan hidup, nasib baik dibantu oleh kawan saya beliau juga manusia luar biasa juga. Heheheh…

 



Bulan puasa tiba, perniagaan seperti biasa dijalankan tapi Pro Mmr masih lagi belum boleh dibuka. Kewangan yang ada cukup lah untuk menampung kami sekeluarga…
tapi Kemahiran urut alan nampak semakin Tumpooooo kata orang perak.. hehehe..
bertahan sehinggalah beberapa cawangan Pro Mmr tidak dapat beroperasi lagi kerana permintaan langsung tiada ada dek COvid ini. Redhaaa jelah……


Selepas itu bulan 8 barulah boleh beroperasi, maka staff saya mula bekerja seperti biasa….. Nak dijadikan cerita, Kedai bawah saya ada kes covid, kluster baru…..Allah.. tutup plakkkkkkk baru nak bernafas.. tutup pulak dah….hahaha.. Ketawa saya sorang dibucu katil urut..

Maka begitulah ceritanya buka kejap tutup kejap, buka kejap tutp kejap…. Pengaliran tunai tidak berjalan dengan lancar, kewangan jugak tidak kukuh, walaupun begitu saya berjaya jugak menjaga hampir 25 orang pelajar praktikal saya sehabis baik.. saya harap mereka berpuas hati dengan layanan yang saya beri dalam situasi yang tidak nyaman ni. Maaf kan abg lan adik-adiku.. itu sahaja yang mapu abg buat.

Maka disuatu hening pagi, saya telah mendapat panggilan daripada LO MSN Team Paraolahraga untuk bertanya kan tentang perkhidmatan yang saya buat, saya pun berceritalah pengetahuan dan pengalaman saya… LO tertarik kemudian beliau menawarkan saya untuk menyertai team paralimpik ke Tokyo 2020, “wahhhhh menarik, teriak saya dalm hati….”..


Proses nya berjalan dari bulan ke bulan, oleh kerana Jurulatih Amri dan Pejol pernah berkerja dengan saya, merekalah penyokong tegar yang berdiri di belakang saya untuk
“convince” pengurusan atasan bersama dengan LO Fuzaimi , sehinggalah mereka semua bersetuju. Alhamdulilah syukur sangat-sangat kerana MSN memberi kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk menyertai Team Paraolahraga misi ke Paralimpik Tokyo 2020.

Bulan Mac merupakan titik mula saya bersama sekali lagi dengan Team Paraolahraga, saat mula saya akan berkorban dengan meninggalkan keluarga selama lebih kurang 7 bulan untuk bersama dengan Team Paraolahraga setiap hari.


Tugas saya disini bukan sahaja hanya Mengurut malah saya juga mengambil peluang menjadi pembantu jurulatih membina program dalam mempelbagaikan method latihan dan meningkatkan tahap Kecergasan dan pemulihan semua atlet dibawah jagaan saya. Saya cuba sehabis yang baik. Segala ilmu sains sukan dan pemulihan kecederaan saya curahkan disini bagi membantu LO, Jurulatih dan Atlet.

Saya bersama mereka hampir setiap minit, jam dan hari. Disebelah Malam dan hari cuti saya sentiasa berwaspada dan “mode standby” jika ada perkara kecemasan yang perlu saya ambil tindakan segera. Begitulah tugas saya dan sejauh mana keakraban kami atara Tukang Urut dengan Team sehinggalah Paralimpik selesai dan melabuhkan tirainya.

 

Dengan ini saya mengambil kesempatan Untuk mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada Isteri saya yang sememangnya faham Jiwa Sukan saya, sanggup mengutamakan kerja saya dahulu..hehehe.. beliau isteri terbaik.. Dialah yang menguruskan rumah dan syarikat ketika ketiadaan saya. Juga Kepada Kedua Ibu bapa saya, mertua saya. You Are The Best

Terima Kasih kepada Majlis Sukan Negara, terutama Cawangan Paralimpik yang menawarkan pekerjaan kepada saya disaat situasi pandemik yang tidak menentu ini.
LO saya Fuzaimi, Coach Pejol dan Amri yang berusaha untuk membawa saya untuk menyertai Team Paraolahraga dan masih lagi mempercayai kredibilti saya sebagai Tukang Urut.


Terima Kasih kepada semua atlet saya yang memberi kepercayaan sepenuhnya ketika saya menyentuh, memberi arahan dan memberi nasihat kepada mereka.

Terima kasih kepada semua keluarga,Guru-guru dan sahabat2 saya yang menyokong penuh kerjaya saya sebagai Tukang Urut selama ini.  
         

SALAM SAYANG BUAT SEMUA

Azlan Othman, 10/9/2021/ 11:36pm.