Friday 12 July 2019

Tips Pulih Cepat Selepas Aktiviti!!

PEMULIHAN DENGAN KADAR SEGERA SELEPAS AKTIVITI YANG KOMPETITIF.
.
1. Mandi Ais dan buat sedikit pergerakan
    Contohnya Rendam dalam ais 1 minit dengan suhu 10-
     15’c kemudian keluar bilas dengan Air Biasa sebelum 
     Masuk semula buat sedikit kayuhan ringan, berlari
     Setempat, atau skipping

2. Buat regangan statik dan dinamik. 

3. Berjalan atau larian perlahan “slow jog” lebih kurang 20 minit disebelah Petang hari pertandingan. Boleh diaplikasikan untuk pertandingan 1 hari atau pertandingan yang berterusan dan berhari-hari.

4. Minum air Protein atau recovery untuk mempercepatkan tempoh pemulihan.

5. Tidur atau berehat dengan menggunakan “compression tight” untuk menggurangkan getaran pada Otot dan Ini menggalakan kecepatan pemulihan. 

6. Massage.. Massage kita bahagi 3 bahagian iaitu :-

     A) Pre-event - Teknik ni menggunakan Stroke yang lebih laju daripada Post event, tekanan yang sederhana pada point/spesifik otot mengikut sukan, Tiada tekanan yg kuat dan dalam secara keseluruhan, tujuannya adalah untuk memberikan lebih keselesaan pada otot dan mengurangkan ketegangan serta mengaktifkan fungsi otot. Mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. Contoh Sukan yang selalu diaplikasikan seperti Martial Art, Olahraga acara Sprint, Track cycling, acara yg guna kan daya explosive dan acara seangkatannya..

     B) Post-event - Teknik Ini banyak Di gunakan selepas acara berlansung dan besoknya berehat. Menggunakan Stroke yang lebih perlahan dan sedikit kuat. Tujuannya untuk mengurangkan kesakitan dan kelesuan dan mempercepatkan tempoh pemulihan kerana latihan perlu diteruskan dengan untuk mengekalkan prestasi.
Diguna pakai dalam semua acara.

     C) PrePost Massage - Teknik Campuran ini dikemaskini  mengikut kesuaian acara yang berlansung, selalunya Sukan yang berterusan atau “back to Back comp” Amat memerlukan teknik Ini. Haaaa... Nak tahu bagaimana?? Kena gunakan perkhidmatan kami dalam Pasukan Anda!! 😉. Akan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit untuk 1 sesi. 
HANYA SOIGNEUR/TERAPI YANG DILATIH PRO M SAJA YANG MEMPUNYAI KEMAHIRAN INI. Anda Nak cuba tak??

     C) Maintenance - Manakala teknik Ini pula lebih kuat dan dalam, Stroke juga 50/50 tidak perlahan dan tidak laju, pesakit akan sakit sikit Tapi berbaloi, fokus kepada masalah atau kecederaan yang kronik digabungkan dengan beberapa teknik yang lain untuk memberikan kesan yang lebih efisien. Nak tahu best atau tidak, Mai center Pro M Cuba dulu sekali.. 😁

Note : Tip dan Info ini dikongsi oleh Konsultasi Kanan Pro M berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan sokongan rujukan daripada bacaan beliau melalui kertas kajian yang dibuat oleh pakar, para saintis Sukan dan didokumen kan.