Friday, 10 September 2021

PARALIMPIK TOKYO 2020, CAMNE KO BOLEH MASUK BALIK NI LAN???

 Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca entry saya kali ini,




Suka saya untuk ceritakan disini supaya ianya dapat disimpan dan menjadi sebahagian memori dalam lipatan sejarah kehidupan saya bergelar seorang Tukang Urut Profesional, ada yang panggil Terapi Sukan, ada yang panggil Juru Urut Sukan, ada yang panggil Magic Hand, ada jugak yang panggil saya Dr. Urut…heheheh.. my dream insyaallah. Apa pun yang mereka gelarkan saya, ianya adalah anugerah allah yang diberi pada saya yang saya perlu syukur dan meraikan segala anggapan kawan-kawan dan masyarakat pada saya.

 

Cerita kali ini adalah mengenai perjalanan saya ke Sukan Paralimpik buat kali ke - 2, Alhamdulilah rezeki saya,isteri, anak, keluarga dan Pro Mmr Sports Recovery.

 

2 minggu selepas pulang dari London, “Bang macam mana ni, Kita masih belum boleh beroperasi lagi, duit simpanan kita pun tak banyak jugak ni”, kata Yan (isteri) pada saya. “Tak pa, kita bertahan setakat mana yang boleh dulu, kesian pada staff2 kita depa pun nak makan jugak, depa pun ada keluarga yang perlu disara”, kata alan pada yan.




Hari berganti hari..Covid-19 masih lagi tidak turun2, pandemik ini membuatkan ramai yang stress, sistem kewangan jugak lumpuh, hilang pekerjaan, dan macam2 lagi.… Ingat ka Kerajaan akan membuka sektor ekonomi secepat yang mungkin tapi jangkaan alan meleset, kerana perkhidmatan urut tidak dapat juga dibuka.. Makin Lumpuh… Aduhhhhhh Sakit perut, sakit kepala, sakit dan terus sakit.. Jatuh bangun jatuh bangun.. hari2 memikir macam mana nak bertahan supaya Pro Mmr masih lagi wujud.

”Abg apa kata kalau kita meniaga makanan dari rumah, kita jual lah lauk2, air, apa2 jelah yang boleh dimakan oleh penduduk sini”, kata yan pada alan.

“Bagus jugak tu, abg boleh tolong delivery dan sediakan makanan”, Kata alan pada yan…… hehehehe… Bab basuh membasuh lepas operasi masakan dan penghantaran selesai, tu yang tak tahannnnnnn… Sakit pinggang baiiiii…hahaha.. tapi alan bertahan jugak lah demi kelangsungan hidup, nasib baik dibantu oleh kawan saya beliau juga manusia luar biasa juga. Heheheh…

 



Bulan puasa tiba, perniagaan seperti biasa dijalankan tapi Pro Mmr masih lagi belum boleh dibuka. Kewangan yang ada cukup lah untuk menampung kami sekeluarga…
tapi Kemahiran urut alan nampak semakin Tumpooooo kata orang perak.. hehehe..
bertahan sehinggalah beberapa cawangan Pro Mmr tidak dapat beroperasi lagi kerana permintaan langsung tiada ada dek COvid ini. Redhaaa jelah……


Selepas itu bulan 8 barulah boleh beroperasi, maka staff saya mula bekerja seperti biasa….. Nak dijadikan cerita, Kedai bawah saya ada kes covid, kluster baru…..Allah.. tutup plakkkkkkk baru nak bernafas.. tutup pulak dah….hahaha.. Ketawa saya sorang dibucu katil urut..

Maka begitulah ceritanya buka kejap tutup kejap, buka kejap tutp kejap…. Pengaliran tunai tidak berjalan dengan lancar, kewangan jugak tidak kukuh, walaupun begitu saya berjaya jugak menjaga hampir 25 orang pelajar praktikal saya sehabis baik.. saya harap mereka berpuas hati dengan layanan yang saya beri dalam situasi yang tidak nyaman ni. Maaf kan abg lan adik-adiku.. itu sahaja yang mapu abg buat.

Maka disuatu hening pagi, saya telah mendapat panggilan daripada LO MSN Team Paraolahraga untuk bertanya kan tentang perkhidmatan yang saya buat, saya pun berceritalah pengetahuan dan pengalaman saya… LO tertarik kemudian beliau menawarkan saya untuk menyertai team paralimpik ke Tokyo 2020, “wahhhhh menarik, teriak saya dalm hati….”..


Proses nya berjalan dari bulan ke bulan, oleh kerana Jurulatih Amri dan Pejol pernah berkerja dengan saya, merekalah penyokong tegar yang berdiri di belakang saya untuk
“convince” pengurusan atasan bersama dengan LO Fuzaimi , sehinggalah mereka semua bersetuju. Alhamdulilah syukur sangat-sangat kerana MSN memberi kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk menyertai Team Paraolahraga misi ke Paralimpik Tokyo 2020.

Bulan Mac merupakan titik mula saya bersama sekali lagi dengan Team Paraolahraga, saat mula saya akan berkorban dengan meninggalkan keluarga selama lebih kurang 7 bulan untuk bersama dengan Team Paraolahraga setiap hari.


Tugas saya disini bukan sahaja hanya Mengurut malah saya juga mengambil peluang menjadi pembantu jurulatih membina program dalam mempelbagaikan method latihan dan meningkatkan tahap Kecergasan dan pemulihan semua atlet dibawah jagaan saya. Saya cuba sehabis yang baik. Segala ilmu sains sukan dan pemulihan kecederaan saya curahkan disini bagi membantu LO, Jurulatih dan Atlet.

Saya bersama mereka hampir setiap minit, jam dan hari. Disebelah Malam dan hari cuti saya sentiasa berwaspada dan “mode standby” jika ada perkara kecemasan yang perlu saya ambil tindakan segera. Begitulah tugas saya dan sejauh mana keakraban kami atara Tukang Urut dengan Team sehinggalah Paralimpik selesai dan melabuhkan tirainya.

 

Dengan ini saya mengambil kesempatan Untuk mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada Isteri saya yang sememangnya faham Jiwa Sukan saya, sanggup mengutamakan kerja saya dahulu..hehehe.. beliau isteri terbaik.. Dialah yang menguruskan rumah dan syarikat ketika ketiadaan saya. Juga Kepada Kedua Ibu bapa saya, mertua saya. You Are The Best

Terima Kasih kepada Majlis Sukan Negara, terutama Cawangan Paralimpik yang menawarkan pekerjaan kepada saya disaat situasi pandemik yang tidak menentu ini.
LO saya Fuzaimi, Coach Pejol dan Amri yang berusaha untuk membawa saya untuk menyertai Team Paraolahraga dan masih lagi mempercayai kredibilti saya sebagai Tukang Urut.


Terima Kasih kepada semua atlet saya yang memberi kepercayaan sepenuhnya ketika saya menyentuh, memberi arahan dan memberi nasihat kepada mereka.

Terima kasih kepada semua keluarga,Guru-guru dan sahabat2 saya yang menyokong penuh kerjaya saya sebagai Tukang Urut selama ini.  
         

SALAM SAYANG BUAT SEMUA

Azlan Othman, 10/9/2021/ 11:36pm.




Friday, 12 July 2019

Tips Pulih Cepat Selepas Aktiviti!!

PEMULIHAN DENGAN KADAR SEGERA SELEPAS AKTIVITI YANG KOMPETITIF.
.
1. Mandi Ais dan buat sedikit pergerakan
    Contohnya Rendam dalam ais 1 minit dengan suhu 10-
     15’c kemudian keluar bilas dengan Air Biasa sebelum 
     Masuk semula buat sedikit kayuhan ringan, berlari
     Setempat, atau skipping

2. Buat regangan statik dan dinamik. 

3. Berjalan atau larian perlahan “slow jog” lebih kurang 20 minit disebelah Petang hari pertandingan. Boleh diaplikasikan untuk pertandingan 1 hari atau pertandingan yang berterusan dan berhari-hari.

4. Minum air Protein atau recovery untuk mempercepatkan tempoh pemulihan.

5. Tidur atau berehat dengan menggunakan “compression tight” untuk menggurangkan getaran pada Otot dan Ini menggalakan kecepatan pemulihan. 

6. Massage.. Massage kita bahagi 3 bahagian iaitu :-

     A) Pre-event - Teknik ni menggunakan Stroke yang lebih laju daripada Post event, tekanan yang sederhana pada point/spesifik otot mengikut sukan, Tiada tekanan yg kuat dan dalam secara keseluruhan, tujuannya adalah untuk memberikan lebih keselesaan pada otot dan mengurangkan ketegangan serta mengaktifkan fungsi otot. Mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. Contoh Sukan yang selalu diaplikasikan seperti Martial Art, Olahraga acara Sprint, Track cycling, acara yg guna kan daya explosive dan acara seangkatannya..

     B) Post-event - Teknik Ini banyak Di gunakan selepas acara berlansung dan besoknya berehat. Menggunakan Stroke yang lebih perlahan dan sedikit kuat. Tujuannya untuk mengurangkan kesakitan dan kelesuan dan mempercepatkan tempoh pemulihan kerana latihan perlu diteruskan dengan untuk mengekalkan prestasi.
Diguna pakai dalam semua acara.

     C) PrePost Massage - Teknik Campuran ini dikemaskini  mengikut kesuaian acara yang berlansung, selalunya Sukan yang berterusan atau “back to Back comp” Amat memerlukan teknik Ini. Haaaa... Nak tahu bagaimana?? Kena gunakan perkhidmatan kami dalam Pasukan Anda!! 😉. Akan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit untuk 1 sesi. 
HANYA SOIGNEUR/TERAPI YANG DILATIH PRO M SAJA YANG MEMPUNYAI KEMAHIRAN INI. Anda Nak cuba tak??

     C) Maintenance - Manakala teknik Ini pula lebih kuat dan dalam, Stroke juga 50/50 tidak perlahan dan tidak laju, pesakit akan sakit sikit Tapi berbaloi, fokus kepada masalah atau kecederaan yang kronik digabungkan dengan beberapa teknik yang lain untuk memberikan kesan yang lebih efisien. Nak tahu best atau tidak, Mai center Pro M Cuba dulu sekali.. 😁

Note : Tip dan Info ini dikongsi oleh Konsultasi Kanan Pro M berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan sokongan rujukan daripada bacaan beliau melalui kertas kajian yang dibuat oleh pakar, para saintis Sukan dan didokumen kan. 


Monday, 31 August 2015

MIRA FILZAH: Say Thank You to Your Parents

MIRA FILZAH: Say Thank You to Your Parents: Nak ucap ‘terima kasih’ dekat ibu bapa kita senang tak? Haa, mungkin antara kita, ada yang senaaaangg sangat nak ucap terima kasih dekat ...

Wednesday, 17 June 2015

Basic Akaun

Assalamualaikum, 

hari ni aku belajar pasal akaun skit. daripada aku buang masa ntah pape baik aku mempertingkatkan ilmu perniagaan nih.
so what i learn today?? its about P.O, D.O, Invoice, Quotation dan Payment Voucher.

apa P.O? : Purchase Order. Berlaku bila kita as company nak beli sesuatu barang, atau memerlukan perkhidmatan daripada Supplier. So Kita hantar P.O dulu.

Quotation : Dalam B.M disebut SEBUT HARGA, setelah P.O dihantar supplier akan tengok dulu stok yang dorg ada then baru Quotation akan dibuat mengikut kepada keperluan company. dari segi harga, unit dan kuantiti. Q dihantar kalau tak setuju company boleh mintak quotation yg baru.

D.O : Delivery Order menunjuk barang2 yg dihantar supplier kpd Company tapi dlm D.O xde harga bayaran hanya unit dan kuantiti. bila brg sampai pd Company setelah diperiksa barulah di Sign oleh org yg tertentu. biasanya D.O akan disertakan dgn Invoice.

Invoice : bila company comfirm nk beli baru supplier akan keluarkan Invoice dimana Invoice ni bayaran bukan secara fizikal lagi. Inovice ada Unit, kuantiti, dan plh penting Total Payment.
selepas di sign maka P. V perlu disediakan.

Payment Voucher : Disediapkan utk membayar kepada Supplier, dlm PV ada no invoice, Date, & bank cheque no. ( Bos Sign, Supplier amik Cheque dan sign P.V jugak then Company amik semula P.V utk difile kan)

Susunan File : Payment Voucher, Invoice, D.O, Quotation dan Purchase Order.

haaaaa.. ok tak? ringkas..
yang mana tak faham boleh beli buku dan bacalah lebih mendalam.
 

Monday, 3 November 2014

The Triathlete's and Sport Massage

Wed, 4 Nov 2014

By Azlan Othman

You've got the date of your big race circled on your calendar and have planned a systematic approach to ensure you're ready to perform at your best. But have you planned your rest and recovery, too?

As your training hard, not enough sleep and rest, dehydration , everyday working on you Swim, Bike and Run away from your normal life actually. As triathletes we spend a lot of time in front of our screens and considering numbers of times. To balance this activity, you need a quiet period to tune in to your body's wisdom. And, with that wisdom comes self-knowledge, which is critical in endurance racing and in life.

As sporting standard continue to improve, the intensity of training method increases accordingly. Nowdays the amateur triathlete may train as musch as the top professionals did a decade ago, but there is a price to be paid for such a high level of effort.


                                Credit to US.Triathlete.Org


Speak Up on yourself!!

The body needs to rest to enable it to recover from the fatigue which result from hard training and to enable it to develop the resilience necessary to be reached between session and performance may level off and eventually decline.

Endurance athletes, particularly those with the fortitude to train for an triathlon race or IRONMAN, are pushing on through uncomfortably zone  and even through pain. To best counter this impulse and hasten your recovery, let your time in massage be the opposite. If the home like a training field, the pressure unstable, your body feel very week, speak up for yourself. Your therapist wants you to have the best possible experience. Don't be shy to explain your needs so that you can have a relaxing massage tailored specifically to your tastes. And be sure you explain to your therapist how you've been using your body and when your races are.





Why Sport Massage very closed with Triathlete??




Multisport use everysecond of musculoskeletal system if being overtrained in this way it become vulnerable to trauma. So Sport massage acts to supply O2 to the muscles and hence speed up the process of lactic acid removal without further involvement in exercise from the triathlete or person.

Spasm in muscle can occurs not only for the reasons already mentioned, but also for a lack of calcium, electrolytes, ATP or where the enervating nerves are irritated (Eg. by waste product) which causes an involuntary prolonged cramping muscle concerned.


Train daily and compete on a regular basis can benefit greatly from the preventive, restorative and curative power of Sport
Massage, the treatment can :-


1. Speed you recovery time
2. Prevent muscular and tendinous injuries
3. Reduce the strain and discomfort of training
4. Add consistency to training
5. Helps cure Chronic injuries
6. Help heal acute injuries properly so that the effected areas do not become a source of continued trouble
7. Restore lost mobility
8. Lengthen one's athletic career.
9. if muscular spasm is inhibiting the normal funtioning of a given body part, massage can helps restore normal muscular function.



Rebecca. G. The Effect of Sport Massage on Mood State, R.O.M, Sport Performance and Perceived performance. Thesis University of Montana 2005.

A. Moraska. Sport Massage a Comprehensive review. J. Sport Medicine phys fitness. 2005;45:370:80.

Cupido. C. Effect of massage therapy after exhaustive endurance exercise in young healthy males. Thesis McMaster University 2010.

Wilson. J. A. The Effect of Sport Massage On Athletic Performance and General Funtion. Massage Therapy Jornal 2002. 







My Practise Based at :-

Pro Mmr Sports Recovery (HQ)
B-39-01, Jalan Danau Lumayan 
Pusat Perniagaan Danau Lumayan, 
Bandar Sri Permaisuri, 57000 Cheras, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Branch :-

1.        Pro Mmr Bentong, Pahang. Malaysia
            Contact for appointment : +0132945001 ( Nik)

2.        Pro Mmr Penang Northen, Pulau Pinang/Kedah. Malaysia
            Contact for appointment : +0125521421 ( Faruq )

3.        Pro Mmr Selayang, Selangor. Malaysia
            Contact for appointment : +0192334867 ( Shahir )

4.        Pro Mmr Kuala Terengganu, Terengganu. Malaysia
            Contact for appointment : +01111015930 ( Irsyad )


Email : azlan.prommr@gmail.com

Hp No : 012-3992109 (HQ Appointment)






FB : PRO MMR SPORTS RECOVERY
INSTA : PRO MMR SPORTS RECOVERY



Service :-

1. Sport Massage
2. Remedial treatment
3. Myofascial Release
4. Trigger Point Therapy
5. Facial massage
6. Sports Acupuncture
7. Sports Cupping
8. Physiotherapy 
9. rehabilitation program 
10. Pre-Post Test / Assessment & Palpation
11. Ice Therapy 
12. Sports Science Service
13. Sports psychology 
14. Stretching's 
15. SOIGNEUR SERVICE

" ANY ONE CAN TREAT BODY LIKE A YOUNG MAN"